Friday, August 20, 2010

lelaki berambut panjang :))

saya suka main rambut ! anda suka ? ahah , entah lerr , rambut macam best best je kan . nak buat rambut sendiri nak kena tunggu rambut ni panjang sikit . lepas tu lah baru nak buat rambut ! yahooo ! . suke sangat ni main rambut ! lelaki rambut panjang salah kah ? disebabkan tidak tahu nak buat apa , saya pun search search lah berkaitan rambut , sekali terjumpa ini .

Presiden Pusat Penyelidikan Islam Amerika, Columbus, Ohio dan Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Salah Sultan, berkata tiada salahnya membiarkan rambut panjang sekiranya seorang itu menjaganya dengan baik.

Ini kerana katanya, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang mempunyai rambut, peliharalah ia" dan dilaporkan juga yang Nabi s.a.w mempunyai rambut panjang.

Bagaimanapun, menurutnya, seseorang itu sewajarnya mengikut pertimbangan adat umum satu-satu masyarakat.

"Tidak dianjurkan bagi Muslim melakukan yang berbeza dengan adat masyarakat, selagi adat itu tidak diharamkan," katanya, dipetik dalam satu laman sesawang soal jawab berkaitan hukum.

Justeru, katanya, sekiranya membiarkan rambut panjang secara adatnya memperlihatkan sebagai tabiat buruk dalam sesetengah masyarakat, Muslim sewajarnya menghormati nilai itu walaupun dia lebih gemar berambut panjang.

Ulama berpendapat, membiarkan rambut panjang bukannya sunnah dan perkara mendatangkan ganjaran kepada seseorang, bahkan ia hanya lebih kepada adat serta tradisi, malah dilaporkan ia adat kebiasaan orang Arab.

Nabi s.a.w dilaporkan membiarkan rambutnya panjang dan mencukurnya. Baginda tidak mengatakan apa-apa ganjaran bagi orang yang membiarkan rambut panjang atau berdosa apabila mencukurnya. Tetapi baginda memerintahkan lelaki menjaga rambut.

Begitupun, lelaki Muslim yang memilih untuk membiarkan rambut panjang harus berwaspada supaya jangan sampai menyerupai wanita kerana ia dilarang sama sekali oleh Islam. Begitu juga sebaliknya, wanita dilarang menyerupai lelaki.

Ibnu Abas r.a melaporkan: "Nabi s.a.w mengutuk lelaki yang menyerupai wanita." (Hadis riwayat Al-Bukhaari)

Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1993 ada menyatakan, yang baginda ada menyimpan rambut tetapi caranya atau kaifiatnya itu bermacam-macam riwayat.

"Sesetengah riwayat, rambut Rasulullah itu panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai cuping telinga dan ada lagi riwayat lain yang mengatakan rambut baginda itu jejak ke bahu."

Menurut fatwa itu, Imam Nawawi menanggung perselisihan riwayat berkenaan kerana berselisih masa, iaitu masa bergunting, rambutnya akan panjang sampai cecah di bahu, dengan setiap orang yang melaporkan riwayat terbabit memberitakan apa yang dia lihat pada suatu masa.

Jadi di sini jelas, rambut Nabi s.a.w bukanlah terlalu panjang sebagaimana dijadikan alasan bagi mereka yang lebih cenderung berambut panjang melepasi batas bahu, hingga menimbulkan kekeliruan dari segi gender.

Seorang lelaki Islam itu sangatlah dilarang berambut panjang sekiranya ia disebabkan perbuatan meniru bangsa bukan Islam dan bertujuan menunjuk-nunjuk, malah gagal menjaganya dengan rapi.

Demikian juga, perbuatan membiarkan sebahagian kepala berambut panjang, manakala yang lain dipendekkan atau dicukurkan atas alasan mengikut gaya terkini dan kelihatan lebih 'mengancam' turut diharamkan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang meniru orang, dia seorang daripada mereka." (Hadis riwayat Abu Daud).


jadi , tidak salah lah jika seorang lelaki itu berambut panjang , tetapi , kena lah pandai menjaga supaya ia nya bersin dah kemas , serta mempunyai niat yang baik . jangan lah pulah pergi bela rambut buakn main panjang tapi dalaman anda bengkang bengkok kan . haha . ;D so kesimpulan nya , tidak lah salah . haha . saya suke main rambut , terutama rambut yibee saya . haha
;D
awak , rambut awak dah panjang lah awak , sayang suke ! nanti sayang ikat rambut abg lagi oke...hehe ;D
ilysm yibee...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails