Monday, August 22, 2011

Everyone in this world make mistake

Hi korang !

setelah sekian lama tak update blog ini, ia telah kelihatan usang seperti tidak mempunyai tuan, walhal mempunyai tuan *merujuk kepada diri sendiri*, disebabkan sekarang deana di semester yang terakhir, kerja bagaikan tiada penghujungnya, lepas satu siap, dua lagi yang datang, bila dua siap, tiga lagi datang, so tolong explain, bila agaknya boleh siap kerja deana semua ? *cuba kobarkan ke den*

Tapi redo saja dengan ketidakadaan waktu buat diri sendiri serta ke atas diri orang lain, mudah-mudahan ada hasilnya , ye dok? kot kot boleh naik terus cgpa ke 4.0, memang buat sujud syukur terus leas dapat result.

berbalik kepada apa yang deana nak cerita hari ini, semua orang membuat kesilapan, pada diri sendiri dan orang lain . Tapi kalau dekat orang lagi susahlah kan, kang satu hal orang tu tak nak maafkan, dah payah pulak. Tak aman rasa nya hidup digelumbang dengan rasa marah, dengki, sakit hati ni semua, ye dok ?

Kita semua manusia, buat salah tu perkara biasa kan? Tapi jangan lah kita gunakan alasan ketidaksempurnaan itu sebagai benchmark kita nak buat salah kan? Orang pun akan mula bosan dan merasa kurang selesa kalau kita asyik buat salah berulang kali. Tak payah nak cakap orang lain, tanya diri sendiri pun dah cukup kan kan?

Tapi kadang-kadang kalau kesalahan yang kita lakukan tu diluar kawal dan diluar kemampuan kita, itu tak boleh nak buat apa lah. Dah jadi orang ni kena pandai nilai lah sama ada kesalahan yang orang buat dekat kita tu boleh diterima ke tidak kan ?

Sekiranya orang tersebut memang tidak bersalah atau pun bersalah tetapi semua itu adalah kerana kekurangan dirinya yang nyata, pertimbangkan lah dan semua orang layak diberikan peluang kedua.

Maafkan semua orang sebelum kita tidur dan doakan lah mereka supaya mereka tidak melakukannya lagi, insyaallah jika bergitu, semua orang hidup dalam keadaan tenang dan dijauhi dari segala benda yang tidak baik. Sebab bila kita marah ni syaitan nirojim lagi suka, ye dook? mula lah time tu kalau ada masalah dengan cik milah, kita siap sumpah sumpah doakan dia semua senduk dekat rumah dia hilang supaya dia tak boleh masak. Kan tak baik doakan sesuatu yang tidak baik, kan kan?

So korang kalau orang buat salah korang maafkan ke tidak ?

Monday, April 11, 2011

list-had-do XD

hey korang korang , sekarang jam sudah menunjuk kan sudah pukul 6 pagi yea. waaahhh ! awal kan deana bangun ? haaa ! ni nak kasi tahu , deana belum lah tidur lagi ye .di sebabkan belum tidur lagi dan mate sangat lah berat macam kene impap dengan rikishi , tetiba deana teringat akan blog . wujudkah lagi blog deana ? yea kawan kawan , blog ni wujud , orang dia je yang tak berapa nak wujud . kuikui . sampai tadi nak login blog ni terlupa pulak email ape yg deana guna , password pun try and not error . haaaa . dah kronik kan ?

bukan suke suke nak lupe pasal blog ni . kerja menimbun nimbun bak gunung everest . serta mendahulukan yang penting penting , seperti diri sendiri dan diri orang tersayang . *malu malu*

so kalau korang rasa macam nak bako je blog ni , mohh le kita bako , KITA BAKO JE !! haaa , terselit jugak cerita kak limah ni . oke , buat pengetahuan korang , walaupun cerita ni popular , deana dengan sedihnya nak kasi tau , yang deana tak tengok sampai habis lagi cerita ni . huhu . geram !

so , misi akan datang telah di up dengan lagi 1 perkara ,iaitu , habiskan berita kak limah . haaa , terbaik jugak yea , kak limah boleh masuk dalam list-to-do . ish ish .

hari hari deana adelah seperti selalu dan semakin baik . *malu lagi*

ouh yea , masa hari jadi kekasih hati , deana rasa teruja sebab teruja sangat . syiokk lah . dia punya birthday , tapi deana je yang mkn kek , mengalahkan tuan punya birthday . nak buat macam mana , dia redo dapat bini kuat makan .

haaa , cakap pasal makan , saya sudah semakin gemok . bukan naik setengah kilo , sekilo , tapi , berkilo kilo yea korang korang . sedih , tapi hati gembira , tuh yang naik berkilo ni .

korang makin gemok ke kurus ?

Sunday, March 27, 2011

saya happy , awak ??

haaa , saya nak kata saya busy ! disebabkan masa semakin dekat , due date bersepah sepah dok menanti deana untuk menyiapkan assignment yang tinggi macam botol kicap *banyak kan?* , so effectnya adalah , tak dapat nak update blog ni . kalau nak di ikutkan banyak benda yang nak cerita . tapi tak dapat pulak nak cerita on the spot ! so jadi lah cerita ala ala drama yang bukan siaran lansung or tak berapa lasung yang lewat lebih kurang 3 -4 jam gitu . terjadi lah drama yang konon nya disiapkan dalam mase 1-2 minggu gitu , *ikut keberapa lamaan tak udate blog*

so , jom cerita sikit lah , sapa pergi tengok hot air balloon dekat putrajaya last 2weeks ?
tak pergi ? korang sangat lah rugi ! kalau tengok sekejap setakat lalu pun dah kira berbaloi kot . sebab memang tersangat lah best oke ! best gile gile ! sebab balloon nya besar gedabak punya lah .*tak kan kecik pulak*

so nak di jadikan cerita untuk eksyen kepada yang tak pergi tuh , ni nak kasi tahu , deana PERGI tengok hot air balloon . LOL . best ! nanti kalau ada lagi , nak pergi lagi !

my last weekdays , just like the same , going to class , doing assignment and discussion , never ending story . but then , buat kerja hari hari pun , will always have a new assignment to be done . demmm ! sangat lah tak sabar rasa nya nak final , tapi , heee , tak prepare lah pulak . alangkah bestnya lah kalau lecturer deana tuh , dia kate macam ni " tak pe, awak ta payah datang kelas , nanti sehari sebelum exam , datang copy soklan exam ye , tak payah salin , guna tumdrive je" . haaaa . best kan ? I WISH ! tapi bila fikir balik , rugi rugi ! makna nya deana bayar gaji lecturer deana free free tanpa dia memberikan apa apa kepada deana . apekan kemungkinan yang akan berlaku kepada deana jika ape yang sepatutnya deana belajar dengan lecturer itu akan digunakan pada zaman deana kerja nanti ? jadi , dengan sepenuh kuderat tulang 10 kerat ni , deana pun pergi lah dengan hati yang redo dan ikhlas nak belajar . huuuu .

weekend ni pulak ! weekend yang best (:
semalam , teman jejake mase depan , tak lain tak bukan , ke cyberjaya , ade tournament fifa 11 . gambar tak dapat nak upload , sebab tak ada gambar . haha . nak buat macam mana , mata mengantok , so focus hari itu adelah pada mata dan pada game buah hati , lupa lansung pada camera dan keadaan sekeliling .
dannnnn , ehem , hari ni , dating bersama future family . hari bersama keluarga buah hati untuk celebrate birthday anak buah buah hati * bukan main banyak buah * .

walaupun tujuan datang adelah untuk celebrate birthday ,tapi hadiah tak bawak pun , bukan ape , duit mara tak masuk lagi . *alasan , padahal , buah hati yang tak beli , sape suruh* .
so , luangkan masa bersama , dan seperti biasa , bila jumpa family mertua , kompem kesopanan naik ke tahap yang maximum .

makan pun senyap je , walaupun nak bercakap , *sedapnye makanan ni* .
minum air pun pelan pelan , * takut tersedak , kang malu*
duduk pun sopan je , *tak kan nak terkangkang*
senyum je selalu, * konon konon nak cover blushing*

tetapi , alangkah bertambah blushing apabilaaaa , haaa , mumy buah hati mengajak deana join sama untuk keluar . ehemm , girls day out oke . ouh well , dengan muka konfiden lagi berdebar didada , ikut mumy buah hati . dalam kereta diam sambil senyum je , *macam kerang wangi pun ade* .

sampai di garden resident , ehem , berani kan diri ala ala hindustan main payung payung . dapat lah rasa rapat gitu dengan mumy buah hati . mata di jalan raya , fikiran di payung , takut melayang . *gengam payung bukan main kuat , angin pun , time tu jugak kau nak kuat. nasib tak melayang , kalau melayang , huuu , malu malu*

so , everything are totally perfect for today , and things are just fine and back to normal , but still worried ):

sekian , saya happy , awak happy ?

Saturday, March 19, 2011

kesalahan ibu bapa ??

mak bapak ni ada tak salah nya korang agak agak ? memang tak boleh salahkan mak bapak , sebab diorang orang tua kita , tapi , diorang pun manusia kan , so kompem ada salahnya juga . so tetiba hari ni macam nak buat entry pasal ibu bapa . ibu bapa , peranan diorang kena didik anak anak , jaga kebajikan anak anak , bagi kasih sayang , banyak lagi lah peranan ibu bapa ni senang kata . tapi disebabkan diorang juga lah anak anak boleh jadi kurang disiplin, kurang diajar , kurang siuman . *errrr, kurang siuman ? bedal je lah*

contoh kesalahan ibu bapa - terlalu mengongkong
- mengongkong itu tak salah , sebab memang sebagai ibu bapa , kena awasi setiap gerak geri anak anak , nak nak pulak kalau anak perempuan . perumpamaan " jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak perempuan seorang "...ade ke anak perempuan di sama kan dengan lembu . ish ish ! haha . tapi , jika terlalu mengongkong , akibatnya lagi teruk , sebab , anak anak zaman sekarang lebih terdedah kepada benda yang tidak baik , so memang banyak je cara yang boleh di lakukan .
i ) dia kata lah nak g rumah kawan dia yang ibu bapa dia kenal , tapi ke tempat lain.
ii) dia kata lah yang dia pergi satu tempat ni , tapi dia ke tempat lain , contoh macam kononnya pergi sekolah untuk kelas tambahan , tapi ke tempat lain .
iii) dari segi pakaian - keluar rumah anak anak berpakaian supan , tapi baju lain di dalam beg , anak anak tukar di tempat lain .

contoh kesalahan ibu bapa - mempunyai pasangan lain , bukan suami atau isteri sendiri
- ibu bapa haruslah menghormati perasaan anak anak . walaupun zaman sekarang serba moden dan jikalau mempunyai skandal itu adalah kebiasaan , tapi adakah itu manis di pandang anak anak ? walaupun anak anak itu jahat/teruk sekali pun , dia tetap sakit hati jika melihat ibu atau bapa dia bersama orang lain , mesra . oleh disebabkan hal ni , banyak anak anak zaman sekarang yang mengalami tekanan di rumah dan ingin hidup sendiri .
i) anak anak hilang rasa hormat
ii) anak anak akan buat sesuatu ikut hati
iii) anak anak terlebih diajar

Friday, March 18, 2011

the adjustment bureau

haaa , siapa dah tengok cerita ni ? cuba angkat tangan sikit . cerita ni dah lama dah . tapi still ada lagi dekat wayang . so korang boleh lah tengok cerita ni , sempat lagi tu . so disebabkan hari ni free lagi , tengok lah movie lagi ! heeee .

cerita ni memang best ! cerita ni lain dari yang lain , sebab cerita macam ni tak pernah lagi orang buat lah . just tengok untuk cuci mata and feel feel jiwang boleh lah , sebab cerita ni agak sentimental gitu . ada gak lah air mate berlinangan sikit , tapi cover cover jangan bagi jatuh , tunjuk gagah lah tahan air mata .

meyh cerita sikit pasal cerita ni .

adjustment bureau ni lebih kurang macam angel lah senang kata . diorang ni ditugaskan jaga lelaki ni supaya dia ikut apa yang dah ditentukan dalam hidup dia , senang kata ikut takdir hidup dia lah . tapi si lelaki ni terjatuh cinta dekat perempuan ni lah . malangnya , hubungan diorang tak boleh terjalin , sebab , perempuan tu sepatutnya tak ada dalam takdir hidup dia . haaaa .

tapi dah nama pun jatuh cintakan , walaupun dia tahu dia tak boleh dengan perempuan tu , tapi dia tetap nak juga dekat perempuan tuh , sampai lah 3tahun dia tunggu perempuan tu and naik bas yang sama dia pernah naik dengan perempuan tu selama 3 tahun . haaaa . hambek kau , sweet kan kan ?

kenapa diorang tak dapat bersatu ? takdir boleh berubah ? dia akan kahwin dengan perempuan tu ? kalau korang nak tahu , g lah tengok tau tau ! siyesly , cerita ni memang best ! manis manis !

tengok tau ! BYE korang . xoxo

Thursday, March 17, 2011

world invasion : Battle of Los Angeles

haaa , hari ni tak ade kerja lagi ! so pergi lah tengok movie lagi , sebab tak de kelas kan , meriah hari kalau tak ade kelas ni ! haha . kebetulan kekasih hati pun ade free time *padahal ponteng kelas* kami un pergi lah ke midvalley untuk tengok movie . oleh disebabkan cerita BATTLE OF LA ni baru keluar , so kami pun dengan gegasnya langkah besar ke gsc ...



sampai sampai je memang terus masuk sebab kebetulan time yang memang cun cun . so dapat lah masuk panggung dengan senyuman di bibir . seat pun cun cun je walaupun beli last min , sebab weekdays kan , kalau weekend memang harapan je lah nak dapat seat best kalau beli last min .

cerita dia memang best , dari awal cerita sampai lah cerita habis , memang action je . daripada ganas , sedih , dan gembira . so sangat lah berbaloi and tak rugi lah kalau korang tengok cerita ni . tapi yang katon ye , semua orang dah surrender , tapi konon nya diorang ni semangat sangat diorang berjuang habis habisan , askar mana main surrender surrender kan kan . tapi team diorang je yang kuat or senang kata gagah gitu , yang lain dah korban . termasuk lah dia punya pangkalan . macam agak katon di situ , sebab kalau hero je mesti tak kalah . len kali buat cerita hero mati dulu boleh ? ahaha .

hero , Aaron Eckhart sebagai staf sarjan , dia yang led marine team . cool je dia dalam cerita ni .
ehemm , dia ni pun terbaik , Michelle Rodriguez , dia sorang je pompuan dalam team ni . tapi style lah . body awak lawa lah cik mochelle rodriguez , pinjam 1 hari boleh ? muahahaha .

tapi siyesly , cerita ni terbaik sangat oke ! selamat lah korang pergi tengok cerita ni awriteee . lepas je korang dah tengok cerita ni , boleh lah kita sama sama sebut ..HOOOORAHHHHH !

menatang ape horah tu korang jangan lah tanya ye , sebab deana sendiri tak tahu , tapi apa yang pasti , bila diorang nak naik kan semangat , diorang mesti sebut , horahhhhh ! ariba ariba ! hahaa . ok , yang aribaaa tu deana yang tambah . selamat tengok cerita ni korang korang . kalau korang nak tahu macam mana marine team ni kalah kan alien , dan pada mulanya diorang nak kalah dah pun disebabkan tidak sekepala dan ade history lain oleh staf sarjan yang led diorang, korang tengok lah ! kena tengok oke !

ok bye korang korang ! (: mekaseh bace .

wanna tell the truth or waiting for the right time ?

haaa , rasanya macam selalu je berada dalam keadaan macam ni kan kan ? korang ada ? so kalau korang , korang lagi suka terus terang on the that time or korang akan tunggu the right time come, then only u tell the truth ? which one ?

ok , ada benda yang perlu kita beritahu pada masa yang sama dan ada benda yang perlukan masa . itu lah lumrah kehidupan . tapi sebaik baiknya , mengakui sesuatu dengan cepat adelah lebih baik dari kita terus berdiam diri dan akhirnya sesuatu yang buruk akan berlaku .

contoh lah eh , semester ni korang punya cgpa agak kejatuhan yang melampau , agak agak korang lah , kalau korang , korang akan beritahu parents pada hari yang sama keluar result tu atau korang tunggu nak dekat sampai bukak sem yang baru atau korang ta beritahu lansung ?
- pembohong ganas : tak beritahu lansung *lantak ah , cgpa aku , bukan cgpa dia*
- pembohong suam : beritahu agak agak dalam 2minggu lagi nak start sem baru , sebab nak minta duit yuran , kompem mak bapak tanya , *terpaksa*
-pembohong suci : kata yang cpga turun sikit je . tak banyak *macam lah suci sangat*
- tak reti bohong : bagi resukt dekat mak bapak .
" kesimpulannya , kalau dah mak bapak tanya tu baru lah bagi tahu , kalau dia tak tanya buat bodoh je , nanti kalau dia kata nape tak bagitahu result , cakap lah balik yang dia tak pernah tanya " kan kan ? haha "

contoh lagi , korang tersuka dekat korang punya kawan , dan respon dia macam good good je dari segi dia layan korang . so korang nak cakap je dekat dia or korang nak tunggu sampai lebam masa yang sesuai ?
- hati batu : korang tunggu sampai lebam masa yang sesuai , selagi tak sesuai , korang main main cinta jejauh je lah .
- hati ais : korang bagi dia hint , tanya dia suka lelaki /perempuan yang macam mana , pastu korang ada tak ciri ciri tu .
- nerd : korang cakap je korang suka dia . * berani mati *
"kesimpulannya , kalau korang rasa korang berani , korang terus terang je lah , lagi pun dia pun macam ok kan , why not just try ckp , mana lah tahu kan . atleast korang tahu lah ape status korang . ala , lambat nak tunggu masa yang sesuai ni , kalau dua dua dok tunggu masa yang sesuai , sampai bila je ? haha . so fight for your love . jangan orang tu dah ade partner , ko nak jugak , tuh memang minta kapak berada di dada lah . tak tanggung naaa "

contoh lagi lagi , korang dah bersalah , korang nak cakap terus terang ke nak tunggu for the right time ?
- pembohong durian : korang akan simpan benda tu sampai bebila , lantak lah apa jadi *gagah macam buah durian*
- pembohong anggur: korang akan cuba bagi hint dekat dia .
- tak reti bohong : korang cakap je terus terang , lantak lah dia terima ke tak .
" kesimpulannye , korang kena lah terus terang kalau benda tu benda yang serius . nak nak pulak kalau orang tu dah tanya banyak kali , but then korang keep hiding the truth story . so si makhluk ni dok beriye dah happy ingat korang tak tipu dia . atlast , everything seems to be like crystal clear . so , lagi rumit kan jadinya ? things will be more worse . terus terang lebih baik , kalau dia betul sayangkan korang , mesti dia akan paham . "

korang mesti tak suka kena tipu kan ? ada yang suka ? meyh deana lepuk sikit dekat dahi bagi sedar. haha . jangan lah tipu dengan penipu , sebab dia tahu je cara nak tahu the truth story . seram kan bunyi ? ade yang pandai tipu kat sini ? meyh try sikit deana nak tipu . haha .

telling the truth is the way to release your self from fear . xoxo
Related Posts with Thumbnails