Monday, August 22, 2011

Everyone in this world make mistake

Hi korang !

setelah sekian lama tak update blog ini, ia telah kelihatan usang seperti tidak mempunyai tuan, walhal mempunyai tuan *merujuk kepada diri sendiri*, disebabkan sekarang deana di semester yang terakhir, kerja bagaikan tiada penghujungnya, lepas satu siap, dua lagi yang datang, bila dua siap, tiga lagi datang, so tolong explain, bila agaknya boleh siap kerja deana semua ? *cuba kobarkan ke den*

Tapi redo saja dengan ketidakadaan waktu buat diri sendiri serta ke atas diri orang lain, mudah-mudahan ada hasilnya , ye dok? kot kot boleh naik terus cgpa ke 4.0, memang buat sujud syukur terus leas dapat result.

berbalik kepada apa yang deana nak cerita hari ini, semua orang membuat kesilapan, pada diri sendiri dan orang lain . Tapi kalau dekat orang lagi susahlah kan, kang satu hal orang tu tak nak maafkan, dah payah pulak. Tak aman rasa nya hidup digelumbang dengan rasa marah, dengki, sakit hati ni semua, ye dok ?

Kita semua manusia, buat salah tu perkara biasa kan? Tapi jangan lah kita gunakan alasan ketidaksempurnaan itu sebagai benchmark kita nak buat salah kan? Orang pun akan mula bosan dan merasa kurang selesa kalau kita asyik buat salah berulang kali. Tak payah nak cakap orang lain, tanya diri sendiri pun dah cukup kan kan?

Tapi kadang-kadang kalau kesalahan yang kita lakukan tu diluar kawal dan diluar kemampuan kita, itu tak boleh nak buat apa lah. Dah jadi orang ni kena pandai nilai lah sama ada kesalahan yang orang buat dekat kita tu boleh diterima ke tidak kan ?

Sekiranya orang tersebut memang tidak bersalah atau pun bersalah tetapi semua itu adalah kerana kekurangan dirinya yang nyata, pertimbangkan lah dan semua orang layak diberikan peluang kedua.

Maafkan semua orang sebelum kita tidur dan doakan lah mereka supaya mereka tidak melakukannya lagi, insyaallah jika bergitu, semua orang hidup dalam keadaan tenang dan dijauhi dari segala benda yang tidak baik. Sebab bila kita marah ni syaitan nirojim lagi suka, ye dook? mula lah time tu kalau ada masalah dengan cik milah, kita siap sumpah sumpah doakan dia semua senduk dekat rumah dia hilang supaya dia tak boleh masak. Kan tak baik doakan sesuatu yang tidak baik, kan kan?

So korang kalau orang buat salah korang maafkan ke tidak ?

Related Posts with Thumbnails