Sunday, January 23, 2011

sesuatu yang baik datang tidak diduga (:

hai korang korang . well , mood baik sangat hari ni kan . so nak kongsi kongsi lah dengan korang semua ni haaa . nak tahu tak ? meh dekat dekat sikit , nak cite ni . hehe ^^

selepas beberape hari operasi mengundi , kebahagiaan tu makin makin bertambah , bukan sebab ape , bila voting voting ni , berganding bahu dengan lelaki masa depan deana , deana rase , insyallah kami boleh saling bantu menbantu pada mase akan datang , walaupun bende itu memenatkan dan memerlukan kesabaran , tapi kami berusaha bersama sama dan mendapat hasil yang diluar jangkaan . pada deana , itu yang diperlukan dalam sesuatu hubungan kan , berkongsi masalah , selesaikan masalah , gembira , sedih , semua perlulah bersama . jangan lah time happy dan senang baru kite nak dekat pasangan kita , tapi bila dia susah , kita tinggalkan dia menanggung sendiri . dan apabile kita mendapat sesorang yang begitu , pasti rugi rasanye kalau kita tidak menghargai dia, sedangkan , dia lakukan ape saje yang terbaik untuk anda dan membuatkan anda happy . deana harap keadaan begini kekal pada hubungan deana dan korang korang semua . wahhh , feeling habis deana cakap kan !

so nak cerita ni , hari ni happy , pada mula nya tidak menjangka dan sudah berkire kire hendak pergi atau pun tidak . huhu . nak cerita kat korang ni deana pergi mane hari ni . deana pergi , rumah abang lelaki mase depan deana (:

kecut perut nya jangan tanya lagi lah , kalau ade mesin yang boleh kire berape 100% kecut perut nya deana time tuh , kompem dah over limit dah dari piawaian yang ditetapkan ok ! huhu .

bukan kecut sebab ape sebenarnya . memang deana dah jumpa keluarga lelaki mase depan deana yang lain , cuma abang yang dia baru jumpa hari ni je tak pernah lagi , tapi , deana kecut sebab deana akan jumpa mereka semua pada 1 mase yang sama . macam family day gitu . haaaa .

tapiiiiiiiiiiiiiiiii ......siyesly , kalau deana tak pergi tadi , kompem deana akan nyesallah . hahah . sebab deana rasa hari ni merupakan hari yang paling bermakna untuk hubungan deana dan lelaki mase depan deana . DAMMM AWESOMEEEEE!!! tak terkata . sampai banyak lah benda pelik deana buat lepas balik tuh , otak ke lain , tp tangan kena buat benda lain pulak kan . hahahaha ... family lelaki mase depan deana terbaik lahh *bodek lelaki mase depan* ehehe, cume deana je malu kucing , hadoii , agaknye bile lah deana boleh banyak cakap bile jumpe diorang ye . huhu . *kuatkan semangat ala ala asyenkamer*


rase terharu jeee bile diorang layan macam tuh , rase macam kecik macam jari kelingking je deana ni . * walaupun dah besar * . XD biase lah , hati pompuan ni mudah tersentuh bile benda yang dia rase heaven jadi kat dia kan kan . haaaaa . (:

tetibe pulak nak keluar gambar kan XD

yang pasti , anak anak buah lelaki mase depan deanan cute habis ! especially JAZMY !! kalau lah deana ni kecik 3 tahun macam jazmy , kompem nanti bile besar cop jazmy jadi boyfren . hahahaha . nanti deana tunjuk kat korang gambar dia kalau deana jumpe dia lagi ! (:

alhamdulillah , semoga keadaan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat kami . amin amin . (:


so nak di pendekkan kate , deana dah jumpe lah setiap seorang ahli keluarga lelaki mase depan deana !!! weeee !!! korang ade ? nan hadoooo . ahahaha :D

jangan jeles ! hahaha , bye bye korang !

YES ! jangan nak yes sangat ! XD

yes ! bukan year end sale ye kawan kawan tapi perasaan deana ni haa yang dok yess ! haha . sebelum tuh , maaf lah sebab dah tak update lebih kurang seminggu . kalau update de orang bace ?? ahaha XD

rase nye belum sempat lagi kot cicak cicak nak tinggal kan bijik dekat blog deana ni kan kawan kawan . ketiadaan deana di blog untuk beberapa hari yang lepas adelah disebabkan beberape perkare .

perkara 1 :
- sumpah busy dengan class sekarang ni . walaupun ade 4 subjek je semester ni , tapi semester ni agak susah sikit . semester ni deana ambil subjek subjek berikut ....

:consumer behavior
:new and small business venture
:negotiation skill
:strategic management

setakat ni class strategic management je yang belum dijelajahi , sebab minggu lepas thaipusam kan , cuti cuti .so far , 3 class yang lain best , cume kerja macam makin pening & banyak bende yang kena buat , extra extra ! >_< perkara 2 :

- start pada hari selase lepas , lelaki mase depan deana dapat berita gembira , dia tercalon dalam SPOTGAMERS GAMERS AWARD . kalau lelaki mungkin ade yang tahu lah pasal bende ni , tapi pada yang tak tahu , ni adelah anugerah untuk para para gamers yang mempunyai pencapaian sepanjang tahun 2010 . dan lelaki mase depan saya tecalon dalam category "BEST FIFA 10 CONSOLE " AND "BEST MARSHALL" ...care voting senang saje , undian dari orang ramai ...so kami mengunakan FACEBOOK , BLOG dengan sebaik baiknya untuk menarik orang mengundi . so bende ni je lah yang kami dok operasi psot dekat wall orang ...

www.spotgamers.com * click dan lihat magic *
Friends..Plz vote for me in 3rd Spotgamers Gamers Awards, (Strikerz_Ael) category "Best FIFA 10 Console gamer" and (Alhariz) for category "Best Marshal" too...thx alots, ur effort is much appreciated... http://www.spotgamers.com/index.php?option=com_content&view=article&id=542%3Avoting-starts ...-now&catid=8%3Alatest-news&Itemid=2
haaa , bende ni lahh , so busy sikit lah menguruskan voting ni ...(:
pada mereka yang dah tolong vote , terima kasih kawan kawan ...

hasil undian anda telah membawa kemenangan kepada lelaki mase depan saya . lelaki mase depan deana dapat 675 vote...dengan jumlah beza sebanyak 180 vote , lelaki masa depan saya mendapat award BEST PLAYER OF FIFA 10 CONSOLE FOR 2010 ...bagi category BEST MARSHALL juga lelaki mase depan deana mendahului dengan 600++ vote for the others . ape yang kami useha kan membuahkan hasil (:

kalau nak tengok result , boleh tekan kat bawah ni (:

BEST FIFA 10 CONSOLE -STRIKERZ_AEL
MARSHALL -ALHARIZ (FIFA)

pada hari sabtu ,spotgamers gamers award diadakan . nanti lah ye upload gambar gambar , sebab gambar pun organizer spotgamers tak upload , so tak dapat lah nak tunjuk lelaki mase depan deana dapat award . *eksyen *

demikian lah aktiviti deana sampai lah hari sabtu ... (:

nak tahu aktiviti hari ahad ? haaa , hari ahad lah yang terbaik sangat ni ^^ * blushing *

jumpe nanti ! bye bye ...
‎

Monday, January 17, 2011

tidur mengalahkan orang yang tidur ???

saya sihat dan kuat ! yeahhh ! *gaya ashenkamer* macam betul je care deana eje kan ^^...korang kenal ashenkamer ? tak kenal ? ketinggalan zaman korang ni . haha ! ashenkamer tu , katon yang shinchan selalu tengok tu . tak tau jugak ? tau kan? ala kuchi kuchi . haaaa , tau lah tu .

hari ni deana dah start pergi class memandangkan sudah sihat berbanding minggu lepas . sihat sangat tu tidak , tapi ok . masih teguh berdiri ye kawan kawan . haha . tapi yang best nya . balik je kolej , terus pengsan sampai maghrib ye . dari pukul 3lebih . haaaa . lama kan ? tu lah namenye orang yang sihat .. (:

semangat punya pasal so sekarang nak tidur balik . kuikui . esok deana ade kelas lagi ! dua dua subjek lecturer yang sama . memang kmpem sayang lebih lah dekat miss tu esok . huhu *tertekan* ...jadi deana tak ade ape nak cite ary ni , jom lah kite beramai ramai merehatkan diri dan semoga hari esok datang dengan ceria ...hidup perlu diteruskan ! yayyy ! * goyang goyang bontot* XD

semoga sem ni terus maju seperti semester semester lepas ! tak sabarnya lah nak habis ! (:


terima kasih sebab bace ! doakan deana cepat sihat (: aminn ....

have the relationship you want !! make it your own :)

tengah sedap sedap deana dok mengoogle kan , tetibe je ternampak satu link ni lah . memang cantik menarik tertarik website tu memang da bomb lah !

"HAVE THE RELATIONSHIP YOU WANT"
...*click dan lihat magic*

bukan lah kate suruh korang caye ke ape , heee , cuma nak berkongsi ape yang deana jumpe ni haaa . pada yang nak pektis pektis ade boyfriend or girlfriend yang baru pun boleh . ade je langkah langkah dia bagi . kalau yang nak faham lagi perangai lelaki dan wanita pun ade juga .

contohnye lah kan , deana suke entry ni "3 ways to make him fall in love with you" ...
tapi tu entry untuk kaum wanita lah kan . hehe . nak kate boleh pakai odea dia tu boleh jugak lah , kalau tak berjaya . kita saman dia ! yayyy ! haha .

tapi most of the topic entry dia semua adelah untuk kegunaan wanita ye . hehe . pada yang nak tambat hati bf balik lah , nak ngorat lah , care nak jual mahal lah , jualan murah pun ade ! lalalala~

tapi nak bace semua entry tuh korang kena lah sign up for membership . almaklum lah , terlampau exclusive sangat kan . ala ala secret gitu . tapi ok lah kan . dia sangat mementingkan dan menghad cipta kan blog dia ye ...

so selamat mencuba ! (:

Sunday, January 16, 2011

panjangnyeeeeeeeeeeeeeeeee ! XD

ape yang panjang ?? haaaa . panjang panjang ! HAHA ! syok sangat sampai tak perasan dah panjang ! kahkah ! *ayat memang mengundang nak kena sepak*

ni haaaa , bile deana tengok balik entry entry deana , boleh tahan panjang jugak kan . adesss . biase lah , kalau dah dapat topik nak mengarut , memang lah kan , kalau tak , berbulan bertahun lah blog ni dok sejuk beku macam kena letak dalam frozen . haha :D

kalau anda rajin nak baca panjang panjang , terima kasih ye , kalau tak , anda rajin kan diri untuk bace juga ya ! haha ! ini adelah paksaan . baca lah blog saya selalu . bolehlah saya baya berokben saya guna duit nuffnang :D

puh nuffnang , saya baru je guna awak , saya harap awak akan membiak dan menambah lah tumbesaran jumlah duit tu yea . kuikui :D

bye bye korang ! ^^

air cincang nape tak putus ? kalau tak bayar bil air mesti putus kan kan ? XD

haaaa , orang selalu kata kalau adik beradik ni ibarat air dicincang tak akan putus ye kawan kawan . bila pikir balik kenape lah nak di kaitkan dengan air ye . kaitkan lah dengan rambut ke kan . rambut walaupun di potong tetap tumbuh . haaa . pun sedap gak kan .agak agak sapa lah yang buat peumpamaan ni yea . sape tahu jawab , deana bagi hadiah KLCC :D

hari ni deana actually telah lah menonton cerita my sister's keeper . ingat kan kakak dia jadi goal keeper ke ape lah kan . sekali bukan lah begitu , tidak ade kena mengena dengan bola sepak mahupun khairul fahmi . lalalala~

cerita dia mengisahkan sebuah keluarga yang bahagia oke . biase lah cameron diaz yang jadi mak kan , so saya dengan natijah ye bersemangat untuk menonton ! haha . cerita ni best ! dari awal start sampai ending , dia ceritakan tentang kehidupan . bagaimana kita hidup , kenapa kita hidup , kebahagiaan apa yang kita bawa bila kita hidup dan macam macam lagi ...

dalam cerita tu kata , kita semua dijadikan bersebab . dan kita di dunia ni sudah mempunyai makna dan perkara yang kita perlu selesaikan . setiap seorang daripada kita mempunyai tugas masing masing . orang yang susah nak dapat anak , mungkin bayi itu terlampau berharga dan bayi yang mereka lahirkan itu dirancang .

dalam cerita ni , cameron diaz ni dah tak boleh mengandung bila dia lahir kan anak yang ke-2 . tapi lepas beberapa tahun , dia dapati yang anak pertama dia ni sakit leukimia . biase lah , luekimia ni bukan main main , dan kalau orang nak derma apa apa pun dia kena lah sesuai . walaupun itu anak kita , tak semestinya semua anggota dalam badan kita sesuai untuk dia . orang yang paling sesuai adelah adik beradik sendiri . oleh disebabkan anak ke-2 dia juga sakit , tapi hanya sakit macam takut pada orang * tak serius sangat* .

jadi disebabkan itu , cameron diaz dan husband membuat pembedahan , membuat persenyawaan . dan terhasillah bayi lagi satu . dari kecik , hidup anak no-3 ni kerja dia menderma je dekat kakak dia .dari dia umur 5 tahun , sampai lah ke 12 tahun .

kehidupan mereka sangat lah bahagia , dan anak mereka tak kesah pun berkorban apa apa untuk keluarga mereka . ape yang penting bagi diorang , kebahagiaan bersama ... *tragis sangat*

tapi makin lama , keadaan kakak dia makin teruk dan sangat memerlukan sum sum tulang . dan yang paling sesuai hanya lah anak no-3 tu . pada mula nya nampak macam anak no-3 ni tak nak lah . macam protes gitu . dia gaduh dengan mak bapak dia kate tak nak buat pembedahan tu . sebab takut akan kesan sampingan yang akan dia hadapi lepas sesi pembedahan tu . sebab penderma memang akan hilang daya mengawal diri . *sedih*

tapi lepas di kaji , sampai lah kes tu bawak ke makhamah , baru lah anak no-3 tu berterus terang , itu pun di sebabkan anak no-2 tu dah marah sangat tengok adik dia no-3 tu asyik dipersalahkan sebab tak nak tolong kakak dia . pada hakikat yang sebenar . kakak dia yang nak adik dia buat macam tu . kakak dia tak nak adik dia korban kan diri lagi .dan dia bersedia untuk pergi . tapi mak dia tak dapat terima hakikat ):

dan selepas kematian kakak dia . family dia seperti biasa . cameron diaz kembali berkerja . dan mereka akan pergi vacation setiap kali birthday kate (:

so pada mereka yang ada adik beradik tu , sayangi lah mereka yea walaupun kadang kadang mereka tu annoying ke , atau anda rasa macam nak anta dia pergi zoo n sepak bontot dia sampai masuk dalam kandang rimau bia rimau makan tu , hakikatnya , anda masih berkongsi darah daging yang sama .. sebab lepas je deana tengok cerita ni . rase sedih pulak jadi anak tunggal ! i wish i have biological sister or brother !! nak nak ! haha ...

nanti deana nak ade anak lebih dari 1 lah , so nanti anak deana ade adik beradik ! wahhh ! XD

terima kasih sudi bace !

kenapa kita perlu ada lebih privacy dan tidak tunjuk gambar dengan orang tersayang pada umum??

sebelum itu , saya ingin mengcreditkan post kali ni kepade cik yuyu ye , sebab deana membace blog cik yuyu dan mendapati satu post ini amat menarik perhatian oke . iaitu bila yuyu kate ustaz dia cakap tak boleh tunjuk gambar kita dengan orang yang kita sayang dekat umum . alkisah macam mana ustaz yuyu cerita kat yuyu tuh kita skip yea . yang penting nya . kenapa yea ?? haaaa . pelik kan ...

biaselah zaman yang serba modem ni , pelbagai lawan sewang ade kan untuk kita berkongsi hidup . contohnya , blog sendiri , facebook , twitter , myspace , tumblr dan macam macam lagi . kita guna kan website itu sebagai tempat kita berkawan dan mencari kawan . (:

kita letakkan gambar kita , mungkin bukan gambar kita saje , tapi kita juge letak kan gambar kita bersama makbapak lah , sahabat handai , dan juga . bersama ehem ehem *lelaki atau wanita masa depan* ...bersama ehem ehem tu yang tak boleh tahan tu . biase lah , kalau dah letak gambar dengan buah hati mesti nak yang sweet mueet kan , yang nampak loving loving gitu . jadi orang akan nampak kita bahagia kan kan .



kenapa soal ni timbul , kenapa ye kita tak boleh tunjuk gambar kita dengan orang tersayang pada orang ramai ?? begini ... kalau dah nama nya letak gambar tu , orang mesti tengok , tak kira lah sama ada orang tu dengan sendiri nya nak tengok atau pun orang yang sememang nya stalker kan , yang suka sangat nak amek tahu hal kita kan . kompem lah bukak . kalau orang bukak dan dia tidak berkenan dengan gambar tersebut dan mengatakan "macam ade yang tak kena kan , tak padan lansung je tengok diorang , sorang putih sorang hitam !! " ...kan ke doa yang tidak baik tu ...

ade lagi kalau yang sememangnya tidak suka dan memandang seroang sama sekali pada kita , mungkin mereka akan kata "hmmmm , nanti nanti orang lain lah ni , tak lama punya " ....doa lagi tu ...sebab apa yang kita kata kan tu satu doa ...

macam takut juga kan , biase lah , hidup ni bukan semua orang suka kita . kita hanya manusia . tak boleh nak buat semua orang senang dengan kita . kadang kadang kita tak buat ape ape pun , tapi atas sebab kita ade ape yang dia tak ade , so dia pun marah sangat dengan kita . doa untuk menjatuhkan orang lain mungkin tidak termakbul , tapi , elak lebih baik daripada kita terus di doa untuk mendapat sesuatu yang tidak baik ...

tapi hak masing masing ye sama ade nak letak atau pun tidak . kalau nak letak letak lah . hehe . insyaAllah , pertemuan , perpisahan , ajal , maut , jodoh , semua di tangan tuhan , kita hanya merancang . kalau dia memang jodoh kita , maka dia tetap akan jadi jodoh kita , kan kan ?... insyaAllah . (:

sama sama lah kita harapkan yang terbaik untuk diri kita semua ...amin ...

terima kasih bace entry ni !
Related Posts with Thumbnails